Tuesday, February 3, 2009

Harapan dan Kenangan (novel 3)



Minggu Mesra Seksa (M.M.S.)

Selepas sahaja semua pelajar selesai menyempurnakan sembahyang Zohor secara berjemaah, kami diberi sedikit taklimat ringkas tentang minggu orientasi atau dinamakan sebagai “Minggu Mesra Siswa”. Aku harap tema ‘mesra siswa’ akan bertepatan dengan layanan yang diberikan oleh fasilitator nanti.

“Lima hari…!” Aku sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh abang fasilitator berkenaan.

“Mesti bosan punyalah,” aku terdengar runggutan di belakang aku. Nampaknya bukan aku sahaja tidak berpuas hati dengan jangka masa MMS.

Aku kemudian cuba-cuba memerhati wajah-wajah insan yang berada di dalam surau ketika ini. Alamak, semuanya muka genius! Menyelirap darah aku kalau macam ni, mesti persaingan di sini semakin kuat. Yang penting aku mesti berusaha!

Semua penuntut diarah untuk berjalan ke pusat utama MMS diadakan. Jam menunjukan tepat pukul tiga petang dan sememangnya matahari sedang terik memancar ke arah bumi. Aku pun berjalanlah bersama-sama pelajar lain meredah cabaran yang pertama di hari yang pertama.

“Terbakau kulit ni ha…” ujar seorang pelajar yang berjalan seiring dengan aku sambil tersenyum spontan bila dia menyedari aku memandang wajahnya.

“Orang Melaka ka?” Aku memulakan bicara.

“Ha’ah, orang Ayer Keroh, mana engkau tahu?”

Aku hanya tersenyum setelah mendengar pertanyaannya. Tekaan aku mengena. Lagipun orang negeri mana lagi kalau pelatnya sebegitu rupa? Ular disebut ulau, pagar disebut pagau dan terbakar disebut terbakau.

“Affiq, DIM” dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

“Dollah, Pre Law” aku spontan menyahut tangannya sambil tersenyum.

Sudah pun tambah lagi seorang kawan aku di UiTM Kedah ini. Walaupun baru kenal semuanya tetapi sekurang-kurangnya ada juga kenalan aku di sini.

“Dewan Makan Masria”

Dewan makan? Takkan la nak makan lagi? Aku dah sengkak selepas melantak sepuasnya di Tanjung Dawai bersama famili aku tadi. Tak apalah, makan sikit saja.

Terkejut aku apabila memasuki dewan makan itu apabila melihat banyak kerusi plastik berwarna merah tersusun rapi di kiri dan kanan dewan sambil dihadapkan ke sebuah pentas yang telah pun tersegam di situ. Barulah aku sedari yang sebenarnya dewan makan ini telah diubah menjadi sebuah dewan mini bagi membolehkan MMS berjalan lancar di sini.

Miskinnya UiTM. Takkan sebuah dewan pun tak boleh dibina sampaikan dewan makan pelajar diubah menjadi dewan perhimpunan. Lebih baik namakan dewan ini sebagai “Dewan Serbanika Masria”. Baru kena dengan kegunaannya yang boleh diubah-ubah menjadi pelbagai-bagai jenis dewan.

Aku mengambil tempat di sebelah Affiq selepas memasuki dewan. Kami diberi taklimat penuh tentang UiTM, MMS, dan macam-macam lagi. Aku telah berpuluh-puluh kali menguap mungkin kerana terlalu mengantuk dan kepenatan. Aku menjeling ke kiri dan kanan sambil memerhati ragam pelajar-pelajar lain ketika ini. Nampaknya telah ramai yang ‘syahid’. Aku tertawa kecil apabila aku melihat kepala Affiq terlentuk-lentuk dan wajahnya yang menahan mengantuk agak lucu. Nampak seperti imam masjid negara tengah berwirid. Berwirid sambil menunggu azan Asar.

Fasilitator-fasilitator atau lebih dikenali sebagai kakak dan abang O.C. memperkenalkan diri masing-masing kepada penuntut-penuntut baru. Aku pun tak tahu O.C. stand for what? Orientation of Caremony kut…? Tak pastilah pula.

Tak ada lelaki? Terkejut aku bila mendapati tiada pula abang O.C. dari course aku? Yang ada pun Kakak Wani dan Kakak Fadila, itupun hanya dua orang. Macam mana kalau aku ada masalah di asrama nanti? Nasib…nasib! Tapi, Fadila tu comel dan baik pula orangnya. Sejuk saja mata aku memandang. Aku mesti cuba menanyakan sesuatu kepadanya sebagai langkah awal mengenalinya. Hah! Aku nak tanya pasal acara malam ni. Hahaha syaitan dah naik tanduk!!

Sebelum melangkah pulang ke bilik masing-masing, semua pelajar dikehendaki mengambil name tag daripada abang-abang dan kakak-kakak O.C. Sebelum aku bergerak keluar aku terpandang kakak Fadila. Inilah masanya untuk aku menggatal. Aku pun terus melangkah ke arah Fadila dan memanggil namanya.

“Kak Fadila”

“Kakak Fadila” aku memanggil lagi.

“KAKAK FADILA!” aku memanggil dengan sedikit terjerit tetapi dia masih buat tak tahu. Aku pun hairan. Aku cuba memintas di hadapannya sambil memerhati wajah kakak Fadila, mungkin aku berada dibelakangnya sebentar tadi menyukarkan dirinya mendengar panggilanku.

“Alamak!” aku cepat-cepat menjauhi diri dari ‘kakak Fadila’. Rupa-rupanya aku tersilap orang, patutlah panggilan aku tidak bersahut. Kulit muka aku terasa panas kerana berasa malu yang teramat sangat. Nasib baiklah tuan punya badan tak perasan. Bagaimanalah aku boleh terlupa yang kakak Fadila memakai baju bewarna kuning bukannya merah? Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku pada hari ini. Memang malang tak sudah-sudah. Padan muka aku, siapa suruh aku menggatal sangat? Sekarang terimalah akibatnya.

Aku cuba merenung kembali kepada minah yang berjaya mengelirukan aku sebentar tadi. Saling tak tumpah macam Fadila, Cuma di bahagian hidungnya agak kembang macam hidung aku. Susah nak jumpa orang yang ada hidung ‘jambu air’ sekarang ni. Comel juga minah ni. Tapi kenapa mulutnya tak berhenti-henti muncung? Entah-entah dia memang dah perasaan aku mengganggunya tadi? Matilah aku kalau macam ni. Kalau dia report pada kakak O.C nanti mau nazak aku kena laser. Apa aku nak buat ni? Takkan nak pergi minta maaf. Hm…aku mesti pergi minta maaf.

“Hah, mana dia pergi? Dah hilang?” gelabah beruk aku kalau macam ni.

Aku mesti kenal dengan minah tadi. Bukan nak menggatal tapi kali ni aku cuma nak kenal dengan minah tu lebih dekat. Memanglah nampak macam sombong sikit tapi belum kenal belum tahu. Lagipun aku ada setahun setengah di kampus dalam hutan ni.

Take your time man. Aku mesti kenal juga dengan minah tadi dan aku nekad. Tapi kalau dah tertulis aku tiada jodoh dengan minah tu apa yang aku harus lakukan lagi? Pasrah sajalah. Tapi aku mesti kenal dengannya, Insyaallah…

Sayuku terdengar suaramu, memanggilku sedar dari lena…

Mimpi yang terindah bersamamu…Umpama tiada ungkapan perpisahan…

Mungkin…harapan yang terbina….Seakan pudar warnanya Saat…sekian lamanya

Bilakau ucapkan air mata ini membasahi pipi...


Merdu nyanyian lunak Sahri AF1 betul-betul menyedarkan aku dari lamunan yang benar-benar panjang. Secara tiba-tiba bibirku menguntum senyuman. Senyuman yang terukir kerana kenangan indah yang menggelikan hati.

Itulah kali pertama aku bertemu gadis comel yang bernama Ika. Nampaknya tidak sia-sialah nekad aku untuk megenalinya dahulu. Walaupun dia sebenarnya baru sahaja sudah berpunya tetapi aku gembira dan selesa bila dia mendampingi aku. Kadang-kadang dia buat aku angau kepadanya. Tapi apa daya aku untuk menghalang rasa rindu kepadanya? Hanya bila hati terasa sayang barulah ‘penyakit angau’ datang menyerang hati. Tak duduk senang dibuatnya.

Mungkin aku tidak akan berjumpa dengan Ika lagi selepas saja aku melangkah kaki keluar dari bumi UiTM Kedah ini. Aku harus meneruskan perjuangan aku di UiTM Shah Alam namun dia masih di situ menghabiskan sisa tiga semester lagi.

Aku harap Fazrul dapat jaga Ika sebaik mungkin. Aku tahulah Ika tu ‘awek’ dia tapi tak bermakna dia boleh mengambil kesempatan ke atas Ika. Aku akui aku memang cemburu bila aku ternampak Fazrul dan Ika study berdua-duan di library. Buat apa nak study sekali? Dah la subjek Fazrul tu jauh menyimpang dengan subjek Ika. Mungkin inilah yang dikatakan berpacaran.

“Hang rampas saja Ika, kapai terbang pun orang boleh hiject inikan awek orang. Bukan jadi bini lagi woi” kata-kata Anwar masih lagi bermain-main di cuping telinga aku.

Sekali lagi aku tersenyum. Memang betul kata-kata Anwar tu, tapi aku tak maulah jadi kawan makan kawan. Lagipun Fazrul tu kawan aku dan aku baik dengannya. Takkanlah pasal perempuan pun aku nak bermasam muka dengan Fazrul. Be gentleman!

Lagipun, Anwar baru saja ditinggalkan ‘awek’nya yang belajar di Maktab Perguruan Terengganu, mungkin sebab itulah dia menjadi semakin hari semakin sasau dan turut menghilangkan kepercayaan aku kepada setiap pendapatnya. Dia sekarang tengah menjalani satu misi mustahil bagi dirinya iaitu cuba menubuhkan kelab underground iaitu Kelab Jiwa Luka yang dipengerusi oleh dirinya sendiri. Malah, aku pula nak dinaikkan sebagai Timbalan Pengerusi selepas aku dan Mia sudah berpisah. Ini menambahkan lagi kegilaan di fikiran Anwar. Siang malam mencari ahli untuk kelabnya.

Tambahan pula, selepas saja dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Gurun, fungsi akal dan pemikiran Anwar dah tak betul. Lebih kurang macam tak beberapa waraslah ataupun dalam istilah law dikenali sebagai temporaly unsoundmind.

Bahaya tu! Boleh bawa kepada ketidaksahan kontrak dengan kata lain Anwar ni susah sikit nak ikat kontrak kalau dia terus tak waras macam ni. Bukannya aku bercakap kosong tetapi memang dah tercatat di dalam Akta Kontrak 1950 section 12. Hilang satu nikmat dunia…kasihan.

Tepat pukul 2.04 petang D.J. radio Hot f.m., A.G. tidak henti-henti bercakap dari tadi, mungkin dah jadi kebiasaan bagi mereka yang bergelar D.J. radio sepenuh masa untuk menguasai ilmu komunikasi dengan sebaik mungkin. Barulah dapat menghiburkan hati pendengar radio yang setia seperti aku.

Sesegar…hijau daunan…

Begitulah…kita diibaratkan

Tiada siapa yang…

Bisa memisahkan kita…antara kita berdua…

Lagu nasyid Sesegar Hijau Daun yang diputarkan di radio sememangnya kembali membawa aku ke alam dulu. Ketika aku masih lagi mentah di UiTM Kedah…kenangan membawa aku hanyut ke satu pusaran memori…hanyut dan terus hanyut.

Suasana di dalam dewan menjadi gamat apabila ramai mengetahui pelajar-pelajar Pre-Law UiTM Kedah ingin membuat persembahan nasyid. Memang sejak program Pre-Law diwujudkan, tiada terlintas di fikiran mana-mana pihak sekalipun kami akan melakukan persembahan ini. Aku agak hairan sebenarnya, kenapa persembahan nasyid Pre-Law harus diperlekehkan oleh yang lain. Apa bezanya Pre-Law dengan program lain?

Mungkin telah tersemat di dalam skema pemikiran mereka yang semua pelajar-pelajar program Pre-Law adalah urban, berlagak, sombong, cantik, hair-blonded dan macam-macam lagi istilah yang tidak sesuai langsung menggambarkan program ini. Itu semua hanyalah pemikiran kolot golongan yang mentalitinya rendah.

“Huh!” Semua pelajar Pre-Law kaget tambah terkejut apabila Zairudin, ketua atau vokalis kumpulan nasyid tidak boleh terlibat sama dengan persembahan itu nanti kerana mengalami masalah dengan kotak suaranya. Dengan kata lain, Din dah tak ada suara.

“Habis tu, siapa yang nak menyanyi?” runggut Aivy. Salah seorang non-Muslim yang betul-betul bersemangat hendak membuat persembahan nasyid.

Semua orang terdiam seketika. Semua saling memandang wajah masing-masing. Semuanya sugul kecuali aku. Aku memang ditugaskan hanya untuk bermain gendang. Walaupun dengan hanya menggunakan baldi berwarna merah milik Saleha tetapi aku mampu untuk memukulnya seperti gendang ibu. Jadi, aku dah terlepas tanggungjawab aku untuk menjadi vokalis pengganti.

Bukannya aku ada kelebihan luar biasa seperti mana-mana superheroes atau supersapians tetapi aku pernah belajar bermain alat tradisonal semasa aku berada di bangku sekolah dahulu. Tambahan pula, aku pernah menjadi jurulatih dikir barat di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani. Jadi, kalau pasal pukul memukul gendang memanglah aku berbakat. Bukan setakat pukul gendang tetapi pukul orang pun boleh. Tapi penumbuk maut aku ni aku simpan hanya untuk mempertahankan diri saja. Tak baik bergaduh-gaduh, Allah marah.

“Biar aku sajalah yang nyanyi…” Nawi bersuara secara sukarela.

Semua orang termasuk aku yang berada di situ bagaikan tidak percaya dengan apa yang terpacul keluar dari mulut Nawi. Bukannya aku sengaja memandang rendah keupayaan Nawi, tetapi sepanjang dua hari latihan, Nawilah yang paling senyap. Macam tak berminat langsung. Mungkin dia sengaja nak tunjuk hero depan perempuan-perempuan yang cantik belaka ni.

“Lantak hanglah Nawi, yang penting janganlah rosakkan rosakkan persembahan…”getus kecil hatiku. Yang penting, kalau apa-apa terjadi aku taklah malu sangat, sebab aku hanya duduk di belakang tadbir and play my role.

“Sesegar…hijau daun…an….” Bergema nyanyian nasyid oleh pelajar-pelajar Pre-Law yang diketuai Nawi betul-betul membuat warga dewan ketika itu terpana seketika.Tebeliak biji mata mereka yang selama ini memperlekeh kebolehan Pre-Law.

Aku juga turut berasa malu dengan diri aku yang sebelum ini memandang rendah keupayaan Nawi. Nawi merupakan penyelamat maruah Pre-Law pada malam ini. Nawi benar-benar ‘Mawi’ pada malam ini. Setiap nyanyiannya tepat dengan tempo yang aku mainkan dan cara pembawakan lagu turut sesuai dengan rentak yang aku mainkan.

“Hebat betul mamat ni!” ujarku kagum.

Persembahan nasyid ini bukannya lama sangat, hanya dalam sepuluh minit. Tetapi masalahnya, sepuluh minit tu bagi aku bagaikan sepuluh jam mungkin sebab aku tak biasa membuat persembahan di khalayak ramai. Walaupun aku hanya duduk dan bermain gendang di belakang tadbir namun aku tetap nervous. Darah gemuruh selalu sangat menguasai aku. Aku harap suatu hari nanti, aku dapat mengatasi masalah ini.

“Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamuaikum,”tepukan gemuruh memecah keheningan dewan yang selama ini teruja seketika. Pre-lawlah antara yang terbaik membuat persembahan pada malam penutup Minggu Mesra Siswa. Alhamdulillah…

Malam ini aku rasa sungguh gembira, mungkin kerana MMS sudah pun sampai ke penghujungnya. Sambil mendengar Ketua Pengarah Kampus, Profesor Madya Zaleha Hamid memberi ucapan penutup MMS, aku sempat terkenangkan sesuatu.

Aku teringatkan minah ‘jambu air’ yang aku salah tegur tempoh hari. Programnya, DIB (Diplome in Banking) mempersembahkan tarian Pocho-Pocho. Tidak pernah pula aku ketahui yang wujudnya tarian Pocho-Pocho dalam dunia seni ini. Tapi yang aku pernah dengar hantu pochong adalah. Barulah aku menyedari luasnya seni tradisional warisan berzaman ini.

Aku tak faham kenapa dan mengapa aku begitu tertarik kepadanya dan mata aku tak henti-henti memandang tepat ke arahnya sambil bibir aku mengurai senyuman.

“Aku mesti berkenalan dengan dia” tak henti-henti hatiku bergetus.

Tetapi mengenali seorang wanita yang cantik, rupawan dan bergaya adalah mustahil bagi aku. Mungkin aku tak setaraf dengan mereka. Aku selalu lemah bila bercakap pasal penampilan diri aku. Aku tahu aku gemuk dan mustahil insan secomel minah ‘jambu air’ ingin mengenali aku. Entah-entah dia masih lagi marah tentang peristiwa tempoh hari.

Tiba-tiba, sedang aku kusyuk memandang gerakan comelnya di atas pentas, minah ‘jambu air’ tu tersalah step tarian. Alahai, potong stim saja, tetapi aku tak boleh nak salahkan dia. Langkah tarian Pocho-Pocho tu memang serabut dan memeningkan kepala.

Aku merenung wajahnya yang tersenyum dan tersipu-sipu malu. Kasihan juga aku melihat minah ‘jambu air’ ni, but what can I do? Thing had happened. Cuma aku tak sanggup nak gelakkan dia seperti orang lain. Mungkin pengalaman pahit aku dimalukan dahulu mengajar aku serba sedikit untuk memahami perasaan orang yang dimalukan.

“Abang, Mama panggil makan!”

Aku tersentak lagi dari lamunan. Entahlah, semenjak aku pulang dari UiTM Kedah terlalu banyak kenangan yang aku fikirkan. Jadi akibatnya aku asyik termenung dan termenung.

2.31p.m.

25th November 2006

Aku melihat masa yang tertera di telefon mudahalih Nokia 1110 milik aku sebelum melangkah keluar dari bilik. Sebenarnya aku sedang menunggu S.M.S. (sistem pesanan ringkas) dari seseorang yang aku rindui. Nampaknya dia juga telah melupai aku…

2 comments:

  1. Bo..
    Letak ar shoutbox ke chatter box ke..
    Ley ngumpat kt luar sane..
    Huhu

    ReplyDelete
  2. Hmm.... cerita yang agak interesting.
    Cool, cool. Aku suka.

    Please write more. Looking forward to read more.

    PS: This is Diyana, part 3 aka your junior

    ReplyDelete