Tuesday, February 3, 2009

Harapan dan Kenangan (Novel 2)


2. Hijrah Hari ini adalah hari yang aku begitu nanti-natikan selama ini. Sebaik sahaja aku bersembahyang subuh aku mula berangan-angan tentang apa yang akan kulakukan apabila tiba di sana nanti. Bukan mudah nak melangkah ke alam pengajian yang lebih tinggi, semestinya banyak cabaran dan dugaan yang bakal aku tempuhi. “Saya sekarang takkan jadi saya yang dulu lagi...” Janji-janji manis yang aku taburkan kepada orang tua ku menjadi teras kepada semangat dan azam aku untuk terus berjuang dan bersaing di antara yang tebaik. Aku tak boleh mengkhianati orang tua ku dengan tewas di dalam medan perjuangan ilmu ini. Inilah harta yang telah diwarisi oleh mereka kepada aku sejak aku disenyawakan dulu dan sejak kalimah Allahuakbar berkumandang ke telinga aku ini. Jadi aku harus berubah demi kebaikan aku dan semua. Aku bukan lagi Dollah yang dulu dimana selalu ditertawakan, dipandang hina dan dikeji oleh orang lain. Aku tak mahu menjadi ‘minoriti’ lagi dalam bumi yang Allah ciptakan penuh dengan kesamaan ini. Jadi, perkara yang pertama sekali yang aku ingin lakukan ialah mengubah gaya rambut aku. Entahlah! Mungkin aku dah terlalu bosan dengan gaya yang lama, lagipun style sikat rambut ke depan ala Dr. Fazley agaknya sesuai dengan ketrampilan aku. Gay?! Ah!! Biarkan saja apa yang nak dikatakan orang. walaupun gaya baru rambut aku ni sudah memang diiktiraf oleh masyarakat sebagai rambut ‘GAY’ tapi aku sedikit pun takkan mengubahnya. Semua itu hanyalah pemikiran kolot manusia yang ketinggalan zaman. Sampai bila aku harus hidup seperti lembu dicucuk hidung?! Diheret ke kiri dan ke kanan seperti hamba yang hilang maruah. Hm…baru saja pasal rambut dah timbul macam-macam isu dalam kepala otak aku ini. Itulah cabaran dan aku suka kepada cabaran. Biar besar manapun cabaran yang datang aku takkan jatuh. Relaxlah, kayuh pelan-pelan jangan kelam kabut. “3 Julai 2005” terpampang di slip surat tawaran pengajian dari UiTM. Itulah tarikh keramat yang memberi peluang kepada aku untuk mencapai cita-cita aku yang kian lama terpendam di dalam hati ini, menjadi seorang peguam yang disegani seperti Dato’ Karpal Sigh, Dato’ Seri Nazri dan banyak lagi. Aku sedar yang masih jauh lagi perjalanan aku untuk sampai ke tahap mereka. Tetapi aku yakin yang aku inilah yang bakal mewarisi ketegasan, keegoan dan kebijaksanaan mereka. Insyaallah… “Hah, Cepatlah siap! Pukui lapan suku kita dah nak pi dah. Dok pikiaq apa lagi ni…cepat-cepat, kita pi lagi cepat lagi baguih!” teguran Mama memang benar-benar menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Lapan suku dah nak keluar rumah??! Awalnya..? Aku mengeluh sedalam-dalamnya walaupun aku faham hal-hal yang sepenting ini sememangnya keluarga aku tak suka melambat-lambatkannya. Kalau boleh sebelum Subuh dah nak bertolak ke sana tetapi nasib baiklah tertera di slip tawaran “Waktu Pendaftaran: 8.30pagi-4.30ptg”. Mamalah orang yang paling ‘kalut’ pada pagi ini. Mengarah ke sana, berjalan ke situ, memangil yang di sini dan macam-macam lagi. Aku melihat Abah yang sedang asyik perhatikan telatah mama. Abah hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum bila menyedari aku memerhatikannya. Mungkin sepanjang 22 tahun perkahwinan yang telah dibina betul-betul membuatkan Abah sudah mangli dengan perangai mama. Entah-entah disebabkan perangai tak senang duduk mama itulah yang membuatkan Abah tambah sayang kepada Mama. Alhamdulillah, semoga mama dan abah berkekalan hingga ke akhir hayat, amin. Aku sememangnya tidak mahu berbicara banyak pada pagi ini. Telah banyak yang aku fikirkan sebelum ini hingga naik pening kepala aku di buatnya malah dibaur pula dengan perasaan gugup pada pertama di universiti menambahkan lagi serabut di perutku. Di antara aku dan kawan-kawan aku yang lain, akulah yang paling lambat menyambung pengajian. Maklumlah, rakan-rakan aku yang lain semuanya lebih cenderung untuk memasuki matrikulasi sains berbanding menunggu tawaran Unit Pengajian Umum (UPU). Walaupun aku turut mendapat tawaran ke sebuah matrikulasi di Pulau Pinang tetapi aku mengutuskan untuk tidak pergi ke sana. Bagi aku, bidang sains langsung tidak selari dengan jiwa dan diri aku. Bidang sains adalah satu bidang yang terlalu sulit dan terlalu spesifik terhadap sesuatu subjek. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar ‘aku’ semuanya ada sebab kepada kewujudannya. Aku tak boleh bayangkan bagaimana aku nak menerima ilmu yang begitu sulit itu. Dan paling bosan tentang sain ialah kebanyakannya belajar mengenai darah, jantung, katak dan macam-macam lagi yang bagi aku agak menjijikan. Aku masih ingat lagi sewaktu aku di tingkatan lima di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim(SMSAH) dahulu aku pernah hampir pitam apabila Pn. Hasnah,guru Biologi yang paling rajin di SMSAH melakukan amali membelah katak. Sah-sah aku takut darah!!! Peristiwa itu betul-betul menggemparkan pelajar-pelajar kelas 5 Ceria dan aku terus dijadikan bahan ketawa rakan-rakan. Namun aku pasrah dan redha. Aku tersenyum sendirian setelah kenangan lama datang secara tiba-tiba mengusik hati aku yang tengah gelabah ni. Mungkin sebab itulah dalam slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia aku hanya mendapat B3 dalam semua subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik, English Science and Technology serta termasuklah Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan. Malang sungguh nasib aku. Tetapi subjek yang selebihnya semestinya aku dapat cemerlang. Tidak sampai lima belas minit aku mengelamun tentang sejarah hidup aku, aku sudah pun sampai ke UiTM Kedah yang tersegam megah selaku institusi yang berjasa kepada seluruh rakyat bumiputra Malaysia terutamanya bangsa Malayu yang makin hari makin layu. Bukan macam bangsa cina, walaupun mata mereka kuyu tapi mereka semakin lama semakin maju. Malu betul aku dengan mentaliti orang Melayu sekarang. Kadang-kadang terfikir juga di fikiran aku ini kenapalah tak tukar saja nama Melayu kepada ‘Memaju’. Manalah tahu bangsa ‘Memaju’ ciptaan aku boleh maju dan tak terus layu?! Amboi ramainya orang dalam kampus ni, maklumlah satu Malaysia datang bertandang ke sini. Mesti banyak ragam yang akan aku temui di sini nanti. Sebaik saja abah memandu masuk ke dalam UiTM, aku dapati pengawal keselamatan sibuk mengarah kenderaan ke kanan dan ke kiri mengalahkan polis trafik di jalan raya. Beruniform biru serta berseluar hitam menampilkan ketegasan dan kewibawaan mereka dalam menjalani tugasan masing-masing. “amboi...cengeinya muka pak gat depa…macam nak makan orang ja…senyum la sikit” aku hanya tersenyum bila mendengar rungutan Mama. Sebaik sahaja kereta Wira 1.5 yang dipandu abah dihentikan di kawasan parking berhadapan dengan Kolej Malinja , aku turun dengan semangat, azam dan jati diri yang baru. Aku menghirup nafas sedalam-dalamnya kerana bangga dengan kejayaan aku. Uwek!! Bau apa ni??!! Macam bau longkang tersumbat lima puluh lima hari saja? Loya tekak aku dibuatnya. Kalau bukan bau longkang mesti adik lelaki aku, Chik yang kentut. Dia ni memang kuat kentut pun. “Chik kentut ka?” pertanyaan aku itu membuatkan muka adik lelaki aku itu terlopong. Yalah tiba-tiba saja dia menjadi suspek utama dalam hal ini. “Dak…aih bau getah sekerap tuh. Memang la bau macam ni tapi sat saja, satgi hilang la tu..,” Abah tenang memberi penjelasan. Anak jati kampunglah katakan…hm…nasib akulah setahun setengah di sini sambil ditemani bau getah sekerap. “Hanya siswa sahaja boleh naik ke atas untuk proses pendaftaran.” Alamak…! Baru sampai dah kena berdikari. Inilah yang membuat aku lemas perut ni. Malas!! Aku pun melangkah longlai ke arah tangga untuk urusan pendaftaran. “Dik, baju tu letak dalam ye!” apsal pulah mamat ni? Tiba-tiba saja mengarah aku? Entah-entah staf UiTM, takpalah ikut sajalah. Hm…terpaksalah aku pergi tandas pula sebab nak masukkan baju ke dalam seluar. Aik!! Peliknya bila aku pakai begini? Dengan baju Camel adventure style dimasukkan pula ke dalam seluar. Nampak tak ubah seperti badut sarkas nak buat pertunjukan di fun-fair murahan. Itulah akibatnya kalau tak ikut cakap orang tua. Mama sendiri pagi tadi menyuruh aku memakai baju kemeja dan bertali leher. Haish…! Aku mengeluh sedalam-dalamnya kerana aku tahu aku yang ‘bulat’ ini tampak lebih ‘bulat’ bila berpakaian sedemikian. Aku sememangnya malang pada hari pendaftaran aku ni!! “B103” Encik Manan seperti nama yang tertera di tanda nama yang berada di atas poket baju kemejanya memberikan aku secebis kertas berwarna hijau yang tertulis B103. Mak aih!! Aku dapat bilik yang ke seratus tiga!! Mampuslah aku gamaknya sebab aku dah la gemuk nak naik turun tangga pula nanti. Ujian…ujian bersabar sajalah. Aku terus meluru ke arah Abah setelah habis proses pendaftaran sambil menghulurkan kertas hijau yang diberikan sebentar tadi. Kemudian aku terus mendapatkan Mama yang berada di bawah khemah yang asyik mendengar Timbalan Ketua Pengarah bahagian Hal Ehwal Pelajar Professor Madya Hj Kamal Baharin bin Shamsudin memberi taklimat. Boring dan tersangatlah boring manakala Abah kulihat dari jauh sedang bertanyakan sesuatu kepada brother yang menegur aku sebentar tadi. Mungkin abah bertanyakan kedudukan bilik aku. “Sapa tu abah?” “Senior kat sini la tu…nanti dia in charge dalam minggu orientasi” Owh…patut la sibuk dan menyibuk saja dari tadi. Tapi tak boleh nak salahkan dia pula. Sememangnya tugas yang diberikan macam itu. Aku pun kenalah faham. “Jom pi tengok bilik, dekat ja tak jauh pun, pi panggil semua angkat barang” Aku pun pergi mendapatkan yang lain dan mengangkat barang ke bilik aku. Barang aku taklah banyak sangat sebab aku bawa benda-benda yang penting saja. Lagipun sebelum ni pun aku memang tinggal di sekolah berasrama penuh (SBP), jadi dah biasalah dalam mengendali barang-barang keperluan asrama ni. “Assalamualaikum…” aku ucapkan sebaik saja masuk ke dalam bilik aku. Tak lah jauh sangat bilik aku, tingkat pertama blok B Kolej Malinja. Nombor sampai seratus lebih, buat peluh saja aku memikirkannya. Aik!! dah ada orang masuk lagi awal dari aku rupanya. Dia tersenyum pada aku dan aku pun membalas senyuman, semuanya berlaku secara spontan. Orangnya taklah menggerunkan sangat. Aku yakin dia ni mesti baik punyalah. Orangnya rendah, berkulit agak cerah, rambut tersikat rapi ke belakang dan terdapat tahi lalat hidup di bahagian dahinya. Aku pun mengorak langkah kepadanya dan kami berjabat tangan. “Dollah” “Zirkri” “Orang mana?” aku memulakan bicara. “Saya mai dari Pendang” “Oh, orang Kedah jugak rupanya! Samala dengan saya orang Sungai Petani, dekat ja...” Kami berbalas senyuman sambil itu abah pula memulakan bicara dengan bapa si Zirkri. Nasib baiklah ada juga orang Kedah yang tersesat dalam bilik aku ni. Tak lah susah hidup aku nanti. Bukannya apa, perpaduan antara orang Kedah ni memang kuat. Sebab itulah aku rasa lega. Aku memerhati keadaan bilik aku buat seketika. Biliknya agak luas lebih kurang 20 kaki persegi, disertai dengan 4 almari kayu yang besar manakala terdapat dua pasang katil double-decker bewarna hijau dan di hujungnya pula terdapat gabungan meja study sambil disertakan dengan satu kerusi kayu antik bagi setiap meja. Kalau beginilah caranya, lagi semangatlah aku nak belajar bersungguh-sungguh. Aku rasa bertuah pula bila sampai awal ke kampus, sebab aku bolehlah memilih meja, kerusi, almari dan katil yang agak selesa dan bagus. Sememangnya aku akan memilih katil di bahagian bawah sebab aku sebenarnya gayat di tempat tinggi-tinggi ni. Lagipun aku sebenarnya seorang yang tidur cukup buas dan silap-silap haribulan boleh jatuh katil. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik aku memilih katil di bahagian bawah. Selang 15 minit kemudian sedang aku sibuk mengemas, datang pula seorang lagi penghuni B103. Aku terus mendapatkannya dan kami berjabat tangan. Dia kenalkan dirinya sebagai Syahir. Orangnya agak simple, berkulit cerah, rambutnya lurus sedikit kerinting disikat rapi dan gayanya tak ubah seperti anak manja. Huh, memang sah anak manja! Maklumlah, anak bongsu. Syahir berasal dari Taman Nuri, Alor Star dan secara rasminya seorang lagi warga Kedah berada di dalam bilik aku. Sekarang aku tak perlulah risau sangat tentang roomate aku. Secara majoritinya warga kedah menguasai bilik ini. Cuma tinggal seorang penghuni lagi bagi memenuhi quarum 4 orang sebilik. Kalau dia orang luar, gamaknya kenalah tahan sikit dengan cara orang Kedah melawak. Itu nasib dialah. “Kami lepas ni nak pi Tanjung Dawai sat, jom la pi sekali…” Mama sudah mula ramah dengan ibu Syahir, Mak Cik Na. “Takpa lah, lagipun kami baru ja balik dari Tanjung Dawai, lain kali saja la” “La…tak pa la kalau macam tu, dak aih bukannya apa, saja nak ajak keluaq makan sekali tapi dah jadi macam ni tak pa la…” balas Mama. Fuh..!!! lega rasanya bila aku dengar Mak Cik Na tolak permintaan Mama tadi. Aku sebenarnya sedikit malu kalau keluar makan dengan orang luar ni. Bukannya apa, cuma bila kita keluar makan dengan orang luar, macam-macam kita perlu jaga, cara pemakanan, adab pemakanan dan kuantiti makanan pun kadang-kadang kena kawal juga. Dah macam makan dengan V.I.P. dalam hotel lima bintang pula!! Itulah yang sebenarnya yang leceh bila kita keluar makan dengan orang ni. “Siap!!” tiba-tiba Abah sedikit menjerit setelah siap membantu aku memasang ensel pada almari. Beginilah rutin abah kalau ada saja anaknya memasuki asrama. Ketuk mengetuk, tukul menukul seperti dah menjadi kebiasaan. Mungkin abah ingin berikan yang terbaik kepada anaknya dengan harapan segala cita-cita anak-anaknya dapat tercapai walaupun abah hanya mampu menumpang bahagia. Jangan risau abah anakmu ini akan sentiasa tidak melupakan dirimu. “Terima kasih Abah,” ungkapan spontan terpacul dari mulutku. “Hm...jom pi makan kat Tanjung Dawai, abah lapaq la…”aku hanya mampu tersenyum mendengar keluhan Abah. Aku tahu yang abah tak sempat menjamah sedikit pun sarapan pagi tadi. Mungkin terlalu sibuk baginya untuk bersarapan kerana asyik memikirkan kelengkapan anaknya. Sayu hatiku bila memikirkannya. Alhamdulillah. Kenyangnya aku rasa setelah makan di Tanjung Dawai. Suasananya yang menarik dengan deruan pawana halus mencium pipi menambah selera setiap pengunjung yang datang. Bunyi pukulan ombak bertalu-talu turut dapat menenangkan hati setiap insan yang inginkan kedamaian. Tapi mungkin desiran ombak turut menjadi fobia kepada segelintir masyarakat yang terlibat dengan peristiwa tsunami. Memang menjadi satu titik hitam kepada mereka yang terlibat dalam memori ngeri ini. Sedang aku menjadi pemerhati kepada kesan dugaan Allah ini turut merasai keinsafan dan ketakutan kepada kekuatan Allah, tambahan pula mereka. Sudah tiba masanya aku ditinggalkan selaku pelajar UiTM Kedah. Mama dan Abah mengiring aku sekali lagi ke bilik aku. Setibanya aku di B103, aku dapati penghuni bilik yang keempat telah pun tiba. “Syukri” “Dollah, baru sampai ka? Orang mana? Saya mai dari S.P.” “Saya orang Mergong, Kedah. ‘S.P’? Orang K.L ka? Aku sedikit tersenyum bila mendengar tanggapannya. Mesti dia ingat aku ni orang Seri Petaling. “Dak aih, Sungai Petani,” Dia tersenyum malu kepada aku. Hm…bagus sangatlah kalau macam tu. Satu bilik satu negeri. Memang mudahlah pergaulan aku dalam bilik ni. Tapi aku kena ingat, semua orang kita tak boleh percaya. Ibu sanggup bunuh anak, abang sanggup rogal adik inikan pula kawan tikam kawan. Jadi, aku kena lebih berhati-hati. Mama dan Abah sudah menunggu di depan pintu kayu yang bewarna kuning sebagai tanda sudah tiba masanya untuk mereka pergi. Seribu nasihat dihidangkan kepada aku dan sejuta kata-kata semangat diberikan kepada aku. Aku hanya diam membatu mendengar amanat orang tua yang aku sayangi ini. Kerana merekalah aku berada di sini dan kerana merekalah aku berjaya. Sememangnya aku mengetahui mama sudahpun menitiskan air mata. Rumah dekat pun nak nangis?! Kadang-kadang aku bingung juga dengan perasaan seorang ibu, tapi mungkin itulah kurnian-Nya kepada semua kaum Hawa yang bakal bergelar ibu. Kasih-sayang. Itulah kurniaan yang tidak terhingga dari Nya. Mungkin hati mama tersentuh bila seorang lagi anaknya berjaya melangkah kaki ke menara gading. Itulah sebenarnya naluri wanita, tetapi sebenarnya tiada siapa yang boleh mengungkaikan apa yang sebenarnya tersirat dalam hati seorang ibu. Senyumnya kadang-kadang derita dan tawanya kadang-kadang sengsara. I love you so much Mama!! Hm…aku baring-baring di atas katil sambil cuba menyesuaikan diri dengan keadaan bilik aku. “Perhatian kepada semua pelajar semester satu sesi julai-november 2005, anda semua dikehendaki hadir ke surau Malinja dengan berbaju kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berkasut. Anda akan memulakan Minggu Mesra Siswa sebentar lagi. Sekian, harap maklum,” Hm…minggu orientasi la tu!!! BOSANNYA!!!

1 comment:

  1. bagus... ada bakat menulis ko ni.
    hahaha...

    salam dari aku.
    aizuddin sudari.

    ReplyDelete