Monday, April 6, 2009


4. Perjalanan

“Syarifah Nurina Permatasari?” panjangnya nama minah ni? Aku agak tertarik dengan nama itu kerana sememangnya lain dari yang lain. Unik dan agak klasik. Siapalah agaknya orangnya. Harap-harap dia mempunyai perwatakan yang menarik. Insyaallah. Kemudian aku menyelak lembaran seterusnya senarai nama pelajar-pelajar Pre-Law yang diedarkan oleh oleh ketua koordinator program, Cik Nurul Huda Ahmad untuk ditandatangani oleh semua pelajar. Inilah kelas pertama aku selaku siswa di UiTM iaitu kelas untuk subjek Introduction of Political Science. Seperti selalunya, minggu pertama bukanlah minggu untuk mengerahkan minda pelajar untuk menerima ilmu. Tetapi para pensyarah lebih gemar memberi serba-sedikit penerangan tentang subjek dan juga melakukan sesi ice-breaking. “Assalamualiakum, my name is Syarifah Nurina Permatasari, I’m from K.L……” Aku, Din dan Fazli agak terkejut. Masing-masing terpinga dan seakan-akan tidak percaya. Rupa-rupanya gadis yang mempunyai nama yang begitu unik itu adalah Aivy. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, aku, Din dan Fazli mati-mati percayakan yang Aivy adalah non-muslim. Patutlah dia tak kisah menyanyi nasyid pada malam tu. Kami masing-masing menahan ketawa. Mana tidaknya, aku, Din dan Fazli hampir-hampir bertengkar berbincang pasal Aivy. Bukanlah bertengkar seperti mahu bergaduh tetapi sudah jadi seperti perbincangan hangat antara kami dalam menentukan bangsa dan agama Aivy. Aku beranggapan yang Aivy adalah keturunan Dusun tetapi Din pula membangkang sebab kononnya dia tahu sangat pelat Aivy bila bercakap seperti orang Jawa Sabah. Maklumlah semangat Jawa dalm diri Din memang kuat. Tetapi Fazli pula selalu beranggapan negatif yang Aivy telah menipu untuk masuk ke UiTM sedangkan dia Cina. Bila difikirkan balik kenangan lama memang agak lucu dan tidak semena-mena Aivy menjadi bahan gosip antara kami. Mungkin inilah perkembangan cerita bagi kisah persahaatan antara kami bertiga. Apalah yang sedang dibuat oleh Din dan Fazli ketika ini. Apa yang paling ketara perbezaan antara dua sahabat aku ini adalah perwatakan mereka. Din adalah seorang yang agak warak dan baik santun bicaranya tetapi selalu sahaja angau pada seribu gadis yang dia jumpa. Pantang lawa saja mesti dia angau hingga ke atas katil. Bagi aku, Din lebih kurang macam ‘Pak Haji Miang’. Sebaliknya, Fazli lebih suka cara hidup fun and funky. Pantang cuti hujung minggu mesti bermalam di Penang, clubbing sampai tak sedarkan diri hingga Subuh. Tapi apa yang aku sayang tentang mereka ialah tiada hipokrit dalam persahabatan kami dan inilah yang membuat persahabatan kami berkekalan sampai sekarang cuma Din dan Fazli selalu sahaja ada perbezaan pendapat. Inilah akan berlaku bila sosialist bertembung dengan naturalist. Selaku insan yang bergelar manusia, aku turut mempunyai perasaan amarah yang terpendam di dalam sanubari aku. Selalunya aku cukup susah nak menimbulkan perasaan marah kepada orang lain melainkan orang itu benar-benar membuat aku berasa ingin meletup seperti Rani. “Hoi! Aku tengok kau bukan main baik lagi dengan Jun? ada apa-apa ke?” Fazli menegur aku sambil tersengih-sengih memapamerkan giginya yang tidak tersusun rapi. “Mana adalah, aku mengusik saja, macamlah hang tak tau perangai aku ni,” jelas aku tenang. Aku memang suka sangat mengusik orang sejak dari kecil lagi. Kalau aku pulang ke kampung saja, semua anak-anak buah aku lari bertempiaran apabila diusik oleh ‘Pak Lang’ kesayangan mereka. Jadi tak hairanlah aku disenangi oleh anak-anak buah aku yang rata-ratanya berumur dalam lingkungan empat hingga tujuh tahun. “Aku dengar cerita budak baru yang lembut tu minat Jun, baik kau jaga-jaga,” sampuk Din dari belakang. “Budak Baru? Sani? Biaq pi kat dialah, lagipun, buat apa aku nak jaga-jaga? Jun bukannya ‘awek’ aku, aku cuma saja suka-suka mengusik dia,” “Takdalah, aku cuma nak ingatkan saja…” balas din selumber. “Hang tu yang kena jaga-jaga, macamlah kami tak tau hang tu selalu sangat angau kat Jun,”bidasan aku tepat-tepat meluru ke arah Din. Din yang petah berkata-kata sebentar tadi hanya mampu menunduk malu. Aku, Fazli dan rakan-rakan yang lain semuanya ketawa berdekah-dekah selepas melihat perubahan wajah Din. Riuh cafeteria jadinya pada malam itu. “Woi, itukan budak perempuan yang selalu kau usik?!” Mohsin bersuara sambil mulutnya dimuncungkan ke suatu arah. Aku terlihat Sani dan Jun sedang duduk berbual di selang beberapa meja dari meja aku. Kenapa aku tidak menyedari kehadiran mereka. Mungkin mereka baru sahaja tiba di kafeteria sebentar tadi, jadi patutlah aku tidak menyedari kehadiran Jun. Jun terpandang ke arah aku sambil tersenyum malu dan aku spontan membalas senyumannya. Tetapi lain pula Sani, dia melemparkan satu jelingan tajam ke arah aku seolah-olah aku pernah melakukan sesuatu yang kejam kepadanya. Apa salah aku? “Belagaknya mamat ni?” bisik aku perlahan. “Memang berlagak pun,”Alif menyokong aku setelah terdengar kata-kata aku tadi. “Apa lagi Dol, takkan nak tunggu sini saja,” Adzri cuba mempengaruhi aku namun aku sedikitpun tidak terpengaruh. “Betul juga, apa kata kita balik bilik. Lagipun dah kematu punggung aku ni. Dari tadi asyik duduk melepak saja.”aku membalas penuh hikmah. “Kau baliklah dulu, lagipun kami nak pergi cucuk duit lainlah kalau kau pun nak join kita orang,” Fazli bersuara. “Takpalah kalau macam tu, wa chow dulu beb,” Setelah aku tiba betul-betul di hadapan bilik aku, tiba-tiba aku terdengar seperti namaku di panggil berulang-ulang kali. Aku cuba mencari siapakah gerangan yang memanggil aku. Sani!! Kenapa pula dia memanggil aku. Entah-entah dia nak mengorat aku. Golongan lembut ni bukannya boleh kira sangat. Sorry man! I’m natural. “Awat?,”aku bertanya tenang. “I nak tanya you something boleh tak?” “Tanyalah,” “You suka dekat Jun tak? Saje I nak tanya,” Pelik, kenapa tiba-tiba dia tanya soalan macamni? “Tak, I tak sukalah, suka-suka mengusik adalah,” macam nak termuntah pula aku rasa bila bercakap begitu dengan lelaki. I and u konon. Suka sangat ‘merojakkan’ bahasa. “Owh, tak apalah kalau macam tu, I nak kasi you warning ye…jangan sesekali you kacau my girl, kalau tak you yang dapat susah,” Sani mengancam aku. “Or what? I yang dapat susah atau you?” aku membalas kata-kata Sani dengan nada yang agak menyindir tapi masih lagi berlapik. Dia ingat aku takut sangat dengan ugutan yang macam itu? Talk to my hand!!! Sani mencebik, “I akan pastikan you yang dapat susah nanti fatboy!” Wah kasar nampak ayat mamat ni. Ini yang buat aku marah. Tak pasal-pasal aku kena hina macam tu saja. Memang pantang aku dengar orang mengata aku gemuk. Walaupun aku sememangnya gemuk, tapi itu tak bermaksud aku harus dispesifikasikan dalam masyarakat. Itu phisycal discrimination namanya. “Sani, aku rasa baik hang balik bilik hang saja, lagipun aku tak mau layan lelaki pondan macam hang ni. Hang pi la cari jantan lain yang nak dekat hang, itupun kalau ada yang lalu dengan muka hang yang berkawah tu,” kali ini sindiran aku lagi pedas. Sani yang mendengar kata-kataku sebentar tadi terus pergi dengan segera. Mahu tidaknya, aku menyindirnya sebentar tadi bukan main kuat lagi. Boleh dikatakan satu level aku mendengarnya. Ada yang ketawa dan ada pula yang mengejek Sani selepas dia berjalan melepasi mereka. “Nasib hang la Sani, sarang tebuan jangan dijolok,” aku sempat bermadah sebelum melangkah kaki ke bilikku. Tepat pukul 12 tengah malam aku sudah pun ingin melelapkan mata. Mengantuk sangat rasanya. Bagus juga kalau aku tidur awal sebab esok pagi aku dah berjanji dengan Din dan Fazli untuk pergi ke perpustakaan. ………………………………………………………………………. “I’m so sorry guys, aku lambat lagi, tadi aku kena tolong Mak Cik dobi angkat barang,” jelas Fazli tercungap-cungap. “Rajinnya kau Fazli, semalam kau cakap kau tolong Mak Cik cleaner cuci toilet minggu lepas kau tolong pak gat tolak kereta lepas ni kau tolong cuci ‘bahan buangan’ aku boleh? Lupa pula aku nak flush tadi” sindir Din Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Din. Memang betul kata-kata Din, Fazli memang selalu sangat tak tepati janji. Kalau berjanji pukul sebelas, pukul dua petang baru sampai dan kadang-kadang tak nampak batang hidung pun. Pada awalnya bengang juga aku, tapi dah dekat setengah semester aku kenal dengannya, dah jadi lali. “Kau jangan melawak kasar Din,” bentak Fazli dengan nada yang agak kuat. “Shh…sudahlah jangan bising-bising, kita dalam library ni, nanti kena halau dengan pak cik ‘Boban’!” aku cuba menenangkan keadaan. “Pak cik ‘Boban’? Siapa tu?” Din dan Fazli bertanya serentak. “Pak cik ‘Boban’ pun tak kenal, pak cik yang jaga library ni lah,” ujarku perlahan. “Tapi, kalau aku tak salah, nama dia Jamil, Pakcik Jamil. Bukan ‘Boban’ lah.” Jelas Din. “Aku panggil di ‘Boban’ sebab cuba kau tengok dia, dah la perut boroi rambut beruban pula.” Penjelasan aku tadi benar-benar buat Din dan Fazli ketawa. Sampai keluar air mata kami ketawa. “Amboi suka hati kau kutuk Pak Cik Jamil, tak sedar diri betul,” Din menambah sambil menahan ketawa. Sedang aku ketawa tiba-tiba aku merasakan seseorang menghampiriku. “Saya rasa baik kamu semua keluar dari sini kalau nak melawak, jangan mengganggu orang nak belajar,” tiba-tiba saja Boban muncul di sebelah aku. Nahas aku kalau dia dengar kami mengumpatnya. Alamatnya kena halaulah. “Malunya aku kena halau dengan Boban tadi,” ujarku perlahan. “Ini semua kau punya pasallah Dol, tak habis-habis buat lawak, aku baru duduk dah kena halau,” Fazli meluahkan rasa tidak puas hati. “Kau yang datang lambat, janji pukul sembilan, pukul dua belas tengah hari baru datang, banyak sangat barang Mak Cik dobi tu,” Din mencebik ke arah Fazli. Mungkin dia masih tidak berpuas hati lagi dengan Fazli tentang ketetapan masanya. “Ok, sudahlah, aku dah lapaq, apa kata kita pi makan kat kafe? Aku belanja?” sekali lagi aku bertugas sebagai askar pengaman. “Set!” Serentak mereka menjawab. “Woi, Jun tengah makan dengan Sani la…” Din bersuara. Aku dan Fazli saling memandang dan tersenyum. Kami tahu dari nada suara Din tadi jelas kedengaran seperti cemburu. Mungkin Jun berjaya memikat hati ‘Pak Haji Miang’ ni kerana personalitinya yang menarik, pemalu dan juga bertudung sememangnya memenuhi syarat-syarat wanita yang harus di‘angau’ Din. Jun hanya tersenyum padaku dan Sani sedikit pun tidak menoleh kepadaku walaupun dia menyedari kehadiran kami. Sedang aku enak menyantap Nasi Goreng Ayam, aku ternampak Sani membicarakan sesuatu dengan Jun. Pada awalnya memang tiada apa-apa yang mencurigakan tetapi setelah aku dapati setiap kata-kata Sani membuatkan Jun bertambah muram dan sedih. Tambahan pula Sani tak henti-henti menjeling ke arah aku. “Apa pula si sotong ni cakap dekat Jun,” aku merungut. “Aku rasa dia memperburukkan kau Dol,” anggapan Fazli. Aku pun sebenarnya bersependapat dengan Fazli. Aku masih ingat lagi ugutan si ‘pondan’ tu kepada aku semalam. Tiba-tiba Jun bergerak ke toilet, langkahnya agak laju dan sedikit kelam-kabut. Mungkin sakit perut. Jadi, aku mengambil peluang ini untuk pergi dan menanyakan perkara sebenarnya kepada Sani. “Hang cakap apa kat Jun pasai aku,” aku bersuara tegas. “Mana I cakap apa…” Sani cuba berselindung. “Cakaplah kalau tak, takkan Jun nak muram tiba-tiba saja, dah la tu tadi dia menjeling tajam dekat aku pula,” aku memaksa. “I tak cakap apa-apa pun, Cuma I cakap pasal semalam la. Pasal I dengan you,”jelas Sani. “Pasal apa?!” “I cakap semalam you ajak I tido sekali dengan you, tapi I tolak, and then you marah dekat I, pastu u raba-raba I,” menyelirap darah aku bila mendengar kata-kata Sani sebentar tadi. “Hang jangan nak main-main pula dengan aku Sani, cuba hang cakap betui-betui apa yang hang dah cakap dekat Jun, lepas tu habis, tutup cerita,” aku pula cuba berdiplomasi. “Betullah apa yang I cakap tu, sumpah waallah, tapi tak termasuk lagi cerita you dengan nyah… BUK!! Satu tumbukan padu singgah ke mulut Sani. Habis tersembul nasi goreng yang dikunyahnya sebentar tadi. Sambil itu tangan kiri aku mencekik leher jinjang Sani dan sebelah lagi tangan kugenggam kemas dan dihalakan tepat-tepat ke muka Sani. Gelabah biawak jadinya. “Apa kau buat ni SETAN,” jerit Sani yang kelemasan. Din dan Fazli hanya mampu tercengang melihat aku naik angin, begitu juga dengan pelajar-pelajar lain yang berada di kafe ketika ini. “WOI BAPUK! AKU TAK PERNAH CARI PASAL DENGAN HANG, TAPI BILA HANG CUBA PIJAK MARUAH AKU, RASAKAN AKIBATNYA. SEKARANG SIAPA YANG SUSAH? AKU KA HANG?!!” Aku menjerit sekuat hati aku sambil tangan kanan aku ingin sekali lagi melepaskan tumbukan buat kali kedua buat Sani. “DOLLAH CUKUP!!!” Tiba aku terdengar jeritan suara lembut dari belakang aku. Jun?! Aku tercengang apabila dapati Jun berada dibelakang aku. Aku melepaskan Sani perlahan-lahan. “KAU MEMANG LELAKI TAK GUNA!!! PENINDAS!! APA SALAH SANI??! MEMANG BETULLAH APA YANG DIKATA SANI SEBELUM INI, KAU LELAKI GILA”jerit Jun sambil memangku Sani. Aku terdiam dan kaku. Aku tak boleh berbuat apa-apa lagi selepas melihat tangisan Jun yang teresak-esak. Aku terus berjalan pulang tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Paling menyakitkan hati sebentar tadi, si sotong tu masih lagi sempat tersenyum setelah aku melihat Jun memangkunya. Aku kesal kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan. Lagipun bukan teruk sangat aku belasah Sani, sikit pun tak lebam, Cuma baju sendat berwarna putih yang dipakainya tadi kotor. Itupun hanya terkena makanan yang berhamburan keluar dari mulut Sani sendiri. Aku belum puas!! Selepas peristiwa itu aku tak pernah senyum walaupun bersama Din dan Fazli. Merekalah yang sebenarnya menjernihkan keadaan dengan menerangkan hal sebenar kepada semua rakan Pre-Law. Hampir seminggu aku bermasam muka. Hinggalah suatu hari Sani mengghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada aku kerana ingin memohon maaf. Jika difikirkan balik, buat apa aku berdendam terlalu lama, lagipun penat rasanya bila tiap-tiap hari aku perlu memasamkan muka untuk pergi ke kelas. Buang masa saja. “Amboi, sampai 5 message dia hantar dekat aku!” bisikku sendiri. Aku sebenarnya senang memaafkan orang asalkan orang itu meminta maaf secara ikhlas kepadaku. Jadi, aku pun memaafkan Sani tetapi tidak bermaksud aku akan rapat dengannya. Mungkin Sani telah mendapat pengajaran dari apa yang telah berlaku kepadanya. Selepas peristiwa itu, Sani seakan-akan dipulau hampir semua pelajar Pre-Law. Sani ingat aku bodoh untuk duduk diam dan pasrah dengan apa yang berlaku. Setelah Din dan Fazli membantu aku menyebarkan perkara yang sebenar kepada seluruh fakulti, apa yang dilakukan Sani seakan-akan serba tidak kena. Ada saja yang akan mencemuhnya walau ke mana saja Sani pergi. Sampaikan pelajar program lain pun akan turut sama mengeji Sani. Kadang-kadang terdetik juga rasa belas kasihan dalam hati ini terhadap kesukaran yang dihadapi Sani kerana aku juga pernah dipulau suatu ketika dahulu tetapi mungkin inilah akibatnya apabila suka memburukkan orang lain demi kepentingan sendiri. Kenapa harus dia memburuk-burukkan aku di hadapan Jun sedangkan aku dan Jun langsung tiada apa-apa hubungan istimewa. Hanya gosip menghubungkan kami. Kini aku dan Sani kembali seperti biasa. Aku tak akan bersuara dengannya melainkan keadaan yang memaksa dan dia tidak pernah lagi mengganggu hidup aku melainkan kami berbincang tentang akademik dan kokurikulom. Itupun selalunya dia yang akan memulakan bicara terlebih dahulu. Biarlah dia bahagia dengan Jun yang masih lagi tertipu hingga sekarang dengan setiap kata-kata Sani.Walupun aku dan Jun sudah tidak berbual-bual semenjak peristiwa itu namun peristiwa itu sentiasa terpahat di hatiku sebagai fakta kes yang harus dirujuk jika kes yang sama berulang. Insyaallah ia takkan berulang.
1 , 2 , 3 , go !
Akan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi

Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Waktu duka dulu
kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam
ditemani bintang terang
Hancur hati
bila kau
undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri
Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin

Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Hujan - Waktu Duka Dulu

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Azan Maghrib telah pun berkumandang. Lebih baik aku bersiap sedia untuk bersolat. Lagipun aku dah berjanji dengan adik bongsuku, Aina untuk mengajarinya mengaji al Quran. Tambahan pula hati aku sekarang ini tiba-tiba menjadi marah. Mungkin kenangan pahit yang muncul sebentar tadi sedikit sebanyak mencabar kesabaran aku. Sekurang-kurangnya, air sembahyang boleh menenangkan fikiran aku yang bercampur-aduk ketika ini.

1 comment: